Sunday, August 9, 2009

Apakah masalah-masalah insan hari ini?
- masalah perselisihan faham antara 2 atau lebih pihak
- perasaan tidak sudi memaaf-maafan
- mengkritik, menuduh
- kurang berempati terhadap situasi dan perasaan orang
- kekurangan teknik mendengar tanpa mencelah isi perbualan pihak lain
- kekurangan kepercayaan terhadap orang (kemungkinan masalah pengalaman diri
yang lepas)
- sikap syak wasangka
- berpandangan negatif dan memofuskan kesilapan atau kecuaian orang
- menerima seseorang dengan 'bersyarat' (bias)
- senang terpengaruh oleh kata-kata pihak ketiga tanpa memberi peluang untuk orang
- memandang masalah/kerja portfolio orang daripada sudut perspektif diri sahaja
(terlalu subjektif)
- kecuaian sesuatu tingkah laku (sekali) disamakan dengan menolak personaliti atau
orang itu sekali gus [penerimaan sesuatu tingkah laku dan penerimaan seseorang
perlu dibezakan ~ teori kaunseling, model Satir et al. (1991)]
- "judgemental"
- Egosentrik
- iri hati
- terlalu mengira (too culculative)
- terlalu percaya kepada khabar angin
- menyindir
- dan lain-lain

Sikap dan teknik komunikasi yang berkesan
i) sudi membantu
ii) mendengar isi perbualan terdahulu (mendengar fakta, mendengar perasaan dan mendengar pengalaman) sebelum memberi sebarang balasan ayat yang bermanfaat untuk pihak lain dan bukan semata-mata untuk kebaikan diri sahaja
iii) bersabar, bertoleransi, memaaf-maafan dengan pihak lain
iv) ambil berat, CARE, memberi rangsangan positif, memberangsangkan pihak orang selalu menjadi tuju hala sesuatu perbualan (demi kebaikan dan perkembangan orang yang positif)
v) tarik nafas sebelum marah dan memikirkan kesannya sebelum sesuatu
kritikan negatif dilemparkan)
vi) komunikasi yang baik dan berkesan merupakan suatu ilmu yang amat
diperlukan dalam kehidupan kita demi memupuk semangat kekitaan
dan keharmonian hidup dimana-mana kita berada)

APAKAH KEBAIKAN DARIPADA SESUATU KOMUNIKASI YANG BERKESAN?

- semua pendengar/pihak akan berada dalam situasi yang aman dan tenteram
- komunikasi yang berkesan dapat membantu perkembangan diri yang
positif untuk pelajar dan rakan sejawat kita (ia merupakan sesuatu teknik
yang perlu dilatih dan bukan dilahir secara semulajadi)
- komunikasi yang berkesan membantu menbentuk imej yang positif untuk
seseorang khasnya untuk mereka yang berpangkat tinggi
- membantu pelajar dan rakan suka berbincang dengan kita
- mereka akan mengucap terima kasih dalam hati sanubari mereka sekiranya
dalam sesuatu komunikasi yang berhasil positif ini dapat memupuk
perkembangan celik akal, kesedaran dan kekesalan dalam hati mereka....
(insan itu berperasaan, jangan lupa. Setiap insan dalam dunia ini yang
dikurniakan oleh Tuhan itu adalah unik, luar biasa, heterogenik; jadi
setiap insan perlu 1) dihormati/dikasihi, 2)diterima dengan seadanya, tanpa
syarat, 3) dihargai setiap penyumbangan mereka serta 4) perlu selalu berkeyakinan diri yang tinggi (high self esteem)

APAKAH KEKURANGAN DARIPADA SESUATU KOMUNIKASI YANG KURANG BERKESAN?

- menyakiti hati orang tanpa mendatangkan unsur-unsur yang membina
- tidak berjaya mencapai hala tuju objektif sesuatu perbualan yang asal
(daripada membantu menjadi tidak membantu....)
- dijauhi orang
- ditakuti orang
- dipandang tidak berempati langsung terhadap situasi dan perasaan orang
(can’t put yourself in his shoes at all)
- menghantui jiwa dan perasaan orang
- mengecewakan orang
- dan lain-lain

BAGAIMANA MEMBANTU PELAJAR ATAU RAKAN SEJAWAT UNTUK
MENGUBAH SIKAP SEADANYA?

-menurut kajian PhD KBL (2007, ms22) Satir mengatakan, "Harapan itu akan
membawa perubahan sikap dan tingkah laku yang seterusnya". Tanpa berharapan, maka sesuatu tingkah laku negatif (sekiranya) yang seadanya tidak akan
mempunyai ’rangsangan’ atau keinginan untuk berubah. Maka sebeginilah sikap dan tingkah lakunya sehingga akhir hayat. Perubahan tidak akan berkesan atau berkekalan atas usaha paksaan luaran semata-mata. Justeru, sesuatu suasana atau emosi yang positif, memberangsangkan tanpa melalui kemarahan, melepaskan geram semata-matanya jika berjaya dibina, difokus kepada pelajar atau rakan sejawat itu, maka di sinilah PUNCA kemungkinan berubahnya sesuatu sikap melalui sukarela tanpa sebarang paksaan yang mendesak!

-menurut kajian PhD KBL (2007, ms23) Satir mengatakan, " Insan adalah sama rata pada pandangan Tuhan atau di hadapan sebarang piawai akta undang-undang". Justeru, pelajar hari ini selalu didedahkan dengan pelbagai maklumat dan media yang terkini. Mereka sangat pintar dan pandai. Dengan kawalan semata-mata kuku besi tidak akan berjaya mengubah sikap mereka yang negatif sekiranya wujud.
Maklumlah, insan perlu dipandang sama rata, dihormati dan dikasihi. Hanya dengan melalui proses rendah diri, mementingkan hal orang /pelajar daripada diri kita sendiri, di sinilah akan kemungkinan wujudnya proses "terapeutik", membentuk sesuatu hubungan yang membina , positif dengan pelajar kita. Melalui hubungan baik ini akan berjaya mempengaruhi sikap dan minat mereka terhadap isu-isu positif seperti membaca, mengambil berat tentang negara kita, masyarakat kita, matlamat hidup yang asal.

PROSES MENDIDIK BUKAN SENANG. IA AMAT MEMERLUKAN TERAPAN NILAI-NILAI POSITIF DALAM DIRI KITA DAN SELALU MEMPRAKTIKKANNYA!

- Hanya dengan satu cara dapat mempengaruhi orang/pelajar kita iaitu melalui "KASIH SAYANG" (BECAUSE WE LOVE) dan "SIFAT MEMAAF-MAAFAN" (THEN WE WILLING TO FORGIVE)!

No comments:

Post a Comment